Home Fokus Nasional Usaha frontliner Malaysia dalam menangani pandemi COVID-19 di Malaysia

Usaha frontliner Malaysia dalam menangani pandemi COVID-19 di Malaysia

38
0

Oleh AFIFAH BINTI HASSAN

FAKULTAS SYARIAH DAN HUKUM

UNIVERSITAS ISLAM NEGERI AR-RANIRY

 

Awal mula penemuan COVID-19 adalah wabah penyakit koronavirus 2019 yang berterusan secara global berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut yang parah (SARS-COV-2). Wabah ini pada mulanya dikesan pada pertengahan Disember 2019 di bandaraya Wuhan, Hubei China, dan telah diiktiraf sebagai pandemi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Maret 2020. Sehingga 18 April, lebih daripada 2.3 juta (2,300,000) kes COVID-19 telah dilaporkan dalam sekurang-kurangnya 180 negara. Pada 13 Maret, WHO mengumumkan bahawa Eropah telah menjadi pusat baru pandemi.

 

PENULARAN wabak COVID-19 di negara ini bermula seawal 25 Januari 2020 selepas pelancong dari China yang memasuki tanah air dari Singapura disahkan menghidap wabak itu.

 

Berbagai inisiatif dilakukan pemerintah dalam memastikan bukan sahaja wabah ini dihapus segera, bahkan kelangsungan hidup rakyat dapat diteruskan.

 

Ini merupakan langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam menangani wabak ini:

 

Langkah pertama: Pengumuman PKP oleh Perdana Menteri di peringkat awal

 

Pada 16 Maret, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemerintah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mulai 18 hingga 31 Maret lalu, di seluruh negara.

 

Pada ketika itu, Malaysia yang memasuki fasa pembendungan akhir (late containment) merekodkan 553 kasus positif COVID-19 – mayoriti dari kluster jemaah tabligh – dengan 12 individu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

 

Tan Sri Muhyiddin berkata perintah kawalan pergerakan (PKP) selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Katanya, perintah kawalan pergerakan ini membabitkan larangan secara menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

 

Langkah kedua: PKP dilanjutkan, pelaksanaan PKPB

 

Mengakui situasi semasa di negara ini berkemungkinan menjadi lebih sukar, tanggal 25 Maret menerusi satu perutusan khas, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

 

“Saya hendak menyebut di awal-awal ini bahawa keadaan berkemungkinan menjadi lebih sukar. COVID-19 adalah sejenis wabah yang tidak pernah kita hadapi sebelum ini”.

 

“Tidak pernah kita jangkakan bahawa kehidupan kita akan berubah dengan sekelip mata hanya kerana sejenis wabah yang menular bukan sahaja di tempat kita, tetapi di seluruh dunia,” ujarnya.

 

Menurut Perdana Menteri lagi, taklimat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjangkakan peningkatan kasus jika tiada sebarang tindakan diambil.

 

Namun katanya, PKP yang diperkenalkan sejak itu ternyata sedikit sebanyak berjaya mengawal penularan wabah berkenaan. Malah, PKP Fasa Kedua ini juga diperketatkan dengan mengehadkan waktu operasi premis perniagaan, restoran, gerai makan, stesen minyak dan beberapa lagi sektor lain.

 

Langkah ketiga: Kerangka holistik Bantuan Prihatin Nasional

 

Rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat yang terjejas akibat wabah COVID-19 akan menerima dan boleh memohon berbagai bantuan serta inisiatif yang digariskan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan kerajaan.

 

Selain Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM20 bilion yang diumumkan pada 27 Februari, rakyat juga boleh menikmati berbagai bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang diumum Tan Sri Muhyiddin Maret lalu.

 

Kedua-dua pakej yang keseluruhannya berjumlah RM250 bilion bertujuan melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik COVID-19.

 

Berikut antara bantuan dan inisiatif di bawah PRIHATIN:

 

– Tunjangan khusus RM600 untuk petugas kesihatan dan perubatan.

– Tunjangan khusus RM200 kepada anggota militer, polisi, kastam, imigrasi, bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan anggota Rela.

– Penangguhan bayaran Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama enam bulan.

– Pemberian diskaun 15 peratus ke atas bil elektrik sektor pelancongan dan dua peratus bagi sektor komersial, industri, pertanian dan isi rumah di Semenanjung Malaysia.

– Diskon tambahan penggunaan kadar listrik. Pemerintah bersama Tenaga Nasional Berhad menambah peruntukan RM530 juta untuk memberi diskon bertahap antara 15 peratus hingga 50 peratus mengikut penggunaan kadar listrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan.

– Pelanggan pascabayar dan prabayar akan diperuntukkan internet berkelajuan tinggi secara percuma, dengan kuota satu gigabait (GB) sehari, sehingga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

– Bayaran ‘one-off’ kepada pemandu teksi sebanyak RM600.

– Penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan kepada semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk tempoh tiga bulan.

– Penangguhan bayaran ansuran cukai kepada perniagaan yang terjejas dalam sektor pelancongan selama enam bulan.

– Moratorium pembayaran pinjaman TEKUN, MARA dan koperasi serta mana-mana agensi pemerintah yang memberi pinjaman kepada PKS.

 

Langkah keempat: Sinergi kerjasama kerajaan, swasta dan NGO

 

Dalam mendepani krisis, ia bukan sahaja melibatkan usaha daripada pemerintah semata-mata. Setiap lapisan masyarakat, syarikat-syarikat swasta dan badan bukan pemerintah (NGO) turut berperanan besar dalam memutuskan rantaian wabah ini. Beberapa buah hotel sebagai contoh telah menawarkan kepada kerajaan untuk dijadikan sebagai pusat karantina.

 

Malah, telah ada hotel seperti di Cyberjaya telah pun mula memberi perkhidmatan sebagai pusat karantina kepada mereka yang baru pulang dari luar negara. Dinamika kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan turut jelas apabila mereka melakukan persiapan bagi menghadapi kemungkinan yang lebih serius.

 

Pusat Karantina dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah MAEPS di Serdang mampu menempatkan 604 pesakit di dua buah dewan. Selain memenuhi keselesaan mereka yang menerima rawatan, turut disediakan adalah perkhidmatan diet dan sajian pesakit, perkhidmatan kaunseling psiko sosial, kesihatan dan keselamatan pekerjaan, farmasi, X-ray, makmal patologi, bilik sisa am dan klinikal, rekod pesakit, penyelenggaraan kemudahan dan keselamatan.

 

Dalam membantu makmal milik pemerintah yang perlu melakukan ujian ribuan sampel setiap hari, beberapa makmal dan hospital swasta turut menawarkan perkhidmatan ujian pensampelan melalui RT-RPC. Bukan sahaja bantuan dari agensi pemerintah, malah turut terlibat secara tidak langsung adalah pakar-pakar dalam bidang masing-masing, dari pemilik pencetak 3D yang pembuat perisai muka, pereka fesyen menyediakan PPE, FAMA menjual barangan segar sehinggalah para NGO yang menyalurkan makanan dan keperluan harian.

Ini usaha bersama yang patut kita banggakan.

 

APA YANG PERLU DILAKUKAN DALAM MASA TERDEKAT?

 

A. Bantuan, inisiatif khusus warga PKS

Mengikut rekod Jabatan Statistik Negara pada 2018, 38.3 peratus dari KDNK 2018 disumbangkan menerusi perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Malah, 98.5 peratus perniagaan adalah PKS yang mana ia meliputi 70 peratus daripada tenaga kerja di Malaysia.

 

Mereka antara golongan yang bukan lagi menerima tempias tetapi yang menerima dampak yang paling besar susulan penularan wabah ini. Ada yang menerima gaji harian, tidak lagi meneruskan pekerjaan atau perniagaan mereka. Ada yang menghentikan sementara operasi, ada yang terpaksa membuang pekerja, malah ada yang perlu menutup terus perniagaan mereka. Bantuan atau insentif khusus kepada PKS dilihat amat penting pada ketika ini dalam meneruskan kelangsungan perniagaan. Selain mereka ini sebagai penyumbang kepada ekonomi, ia juga akan menjamin peluang pekerjaan selain kelangsungan rantaian bekalan di semua sektor.

 

B. Suasana Ramadan yang berbeza

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berkata bahawa bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi jika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan. Malah, ujar, Ismail Sabri, sekiranya PKP tamat sebelum Ramadan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) untuk penganjuran bazar berkenaan.

 

Bertambah pilu, tatkala masing-masing mengejar amal ibadat di bulan yang penuh berkat dan maghfirah ini, surau-surau dan masjid-masjid akan terus sepi. Segala ini semua kemungkinan yang bakal kita lalui pada Ramadan ini sekiranya PKP masih dilanjutkan.

 

C. PKP dilanjutkan?

Minggu ketiga PKP bakal berakhir 9 Juni. Walaupun usaha untuk mendatarkan graf semakin menampakkan hasil, namun tidak bermakna PKP tidak dilanjutkan. Wujud kemungkinan PKP akan dilanjutkan apabila setiap hari Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan kasus-kasus positif COVID-19 di negara ini sentiasa mencecah tiga angka.

 

Akhirnya, setiap rakyat di negara ini perlu memainkan peranan penting, kerana secara realitasnya kita adalah barisan paling hadapan dalam memutuskan rantaian wabah COVID-19 ini. Secara nyata, pasukan perubatan kita sedaya upaya merawat mereka yang dijangkiti. Namun, mereka ini ibarat zon penampan, yang pasti mereka tidak mahu menemui anda di hospital, di katil-katil rawatan mahupun di Unit Rawatan Rapi.

 

Jadi, anda perlu teruskan momentum barisan hadapan pemutus rantaian wabah, duduk rumah, kekal tenang dan sama-sama kita hapuskan COVID-19.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here