Home Aceh PERLUKAH SENI BELA DIRI UNTUK WANITA?

PERLUKAH SENI BELA DIRI UNTUK WANITA?

107
0

Oleh : Nur Fatin Adila Binti Idereh

Mahasiswa Fakultas Syariah dan Hukum

Universitas Islam Negeri Ar-Raniry Banda Aceh

 

 

Senibela diri merupakan suatu kesenian yang timbul dalam sesebuah masyarakat untuk mempertahankan diri. Senibela diri ini boleh dikatakan berkembang di serata dunia dan hampir di seluruh negara mempunyai senibela diri tersendiri dan berkembang secara aslinya ataupun telah diubahsuai dan bercampur pelbagai teknik senibela diri luar menjadi senibela diri yang baru dan telah lama wujud dalam kalangan masyarakat di medan pertempuran sebelum wujudnya senjata-senjata moden seperti sekarang. Tetapi pada masa kini, seni bela diri menjadi suatu senaman untuk membina kecergasan, disiplin dan kemahiran sosial. Terdapat pelbagai jenis senibela diri didunia ini seperti taekwando, capoeira, karate, judo, kungfu, dan lain-lain tetapi di nusantara terkenal dengan senibela diri silat. Silat begitu sinonim dengan bangsa melayu dan lahir dari kehebatan dan kepahlawanan panglima melayu terdahulu. Senibela diri silat bukan hanya tentang ilmu beladiri semata-mata tetapi terkandung juga tentang adat dan adab kemelayuan serta nilai-nilai Islam dengan terpacaknya ketauhidan yang kukuh dalam diri pelajar silat. Silat mempunyai pelbagai cara dan kaedah, ada yang menggunakan senjata seperti kerambit, pisau, tongkat, pedang, parang, tekpi dan lain-lain, dan ada juga tanpa menggunakan senjata. Silat telah terpecah kepada beberapa aliran seperti Pencak Silat, Silat Gayong, Silat Cekak dan lain-lain. Di Malaysia sahaja, hampir 500 perguruan silat yang telah dapat dikesan.

 

Dalam Islam, seni bela diri telah dibahas oleh ulama sejak dulu kala. Menurut Dr Yusuf al-Qardhawi, mempelajari senibela diri adalah dibenarkan bagi mereka yang mampu. Kadang kala ia menjadi wajib khususnya apabila mereka diancam dengan serangan fizikal. Apabila mempelajari senibela diri seseorang akan memiliki bekal untuk menangkis serangan dan mematahkan usaha lawannya. Pandangan ini sesuai dengan kaedah fiqh iaitu, “Perkara yang menjadi syarat bagi terjadinya sesuatu yang wajib, maka hukumnya menjadi wajib.” Terdapat sebuah hadis yang direkodkan oleh Abu Daud, iaitu :

“Daripada Said bin Jubair r.h. kata beliau : Adalah Nabi berada di Batha’ lalu datang kepada baginda Yazid bin Rukanah atau Rukanah bin Yazid lalu bersama dengannya kambing-kambingnya dan berkata, “Wahai Muhammad adakah mahu engkau bergusti denganku?” Maka berkata Nabi Muhammad saw, “Apakah yang hendak kamu jadikan sandaran?” Jawabnya, “ seekor kambing daripada kambing-kambingku ini. Maka mereka pun bergusti lalu baginda Berjaya mengalahkannya dan mengambil kambing-kambing itu. Berkata Rukanah, “ MAhukah engkau mengulanginya lagi?” maka mereka pun bergusti beberapa kali lalu dia berkata, “ Wahai Muhammad, tidak pernah ada sesiapa yang pernah mengalahkan ku dan engkau sebenarnya (dari segi luaran) bukan lawanku, lalu dia memeluk Islam dan Nabi saw mengembalikan kambingnya.”

Ulama al-Syafiiyyah Iraq dan tarjih al-Nawawi menyatakan harus mengambil ganjaran dalam bergusti karena berpegang dengan zahir hadis ini.

 

Pada zaman yang serba canggih dan mencabar ini, jenayah yang berlaku dalam sesebuah negara makin meningkat dan menjadi-jadi. Begitu banyak niat jahat dan kesempatan yang diambil menjadi perilaku jahat tanpa memilih korban serta kejahatan terus mengintai kelemahan dan kelengahan mangsanya. Korban yang selalu menjadi sasaran penjenayah adalah wanita dan kanak-kanak. Setiap hari kita dihidangkan di media cetak, media massa dan media sosial berita-berita yang menakutkan berkaitaan dengan wanita seperti penculikan, rogol, perdagangan manusia, keldai dadah, pembunuhan dan pelbagai lagi kejadian yang lain. Oleh sebab itu, pada pendapat saya perlunya wanita mempelajari senibela diri ini dengan lebih mendalam sekaligus mengelakkan golongan ini berterusan menjadi mangsa keganasan dan jenayah. Kemampuan menjaga diri bagi wanita, iaitu makhluk Tuhan yang dianggap lemah oleh orang yang ingin mengambil kesempatan atasnya menjadi sangat penting sebagai upaya pertahanan dan perlindungan diri pada saat-saat genting.

 

Jika dilihat ketika zaman Rasulullah saw, ketika dalam peperangan bukan sahaja para sahabat laki-laki turun berjihad bersama-sama Rasulullah, malah sahabat-sahabat wanita juga turun berjihad untuk melindungi Rasulullah dan menegakkan Islam. Salah seorang wanita yang turun berjihad bersama Nabi adalah Saidatina Safiah binti Abdul Mutalib al-Hashimiah al-Qurasyiah iaitu ibu saudara Nabi saw. Beliau seorang yang tekun beribadah dan beliau wanita pertama yang menghunuskan senjata di medan perang serta membunuh kaum musyrikin semasa peperangan Uhud. Saat Saidina Hamzah gugur di medan Uhud, Safiah melihat keadaan Hamzah, lalu beliau berkata : “Wahai Rasulullah, Hamzah telahpun mendapatkan kemuliaan disisi Allah. Aku telah melihat sendiri bagaimana mereka melakukannya. Demi Allah, aku juga akan menghadap angkatan musuh itu tanpa rasa takut karena aku juga ingin mendapatkan kemuliaan sepertimana yang telah diraih oleh saudaraku Hamzah”.

 

Tujuan utama dalam mempelajari senibela diri adalah untuk mengetahui dan mendapat kesedaran mengenai jenayah terhadap wanita dan mengajar mereka bagaimana mengelakkan jenayah dengan pengetahuan dan sikap yang betul, karena itu perlunya memperkasakan wanita dengan ilmu pengetahuan terhadap langkah pasca gangguan yang berlaku kepada mangsa termasuk bagaimana mendapatkan kaunseling dan perlindungan untuk wanita yang menjadi mangsa penderaan. Senibela diri juga bisa mengurangkan kadar jenayah yang berlaku dalam negara karena wanita lebih ramai menjadi mangsa jenayah daripada laki-laki. Kemudian, golongan wanita juga hendaklah pandai memilih seni bela diri yang sesuai untuk diri mereka karena bukan semua senibela diri sesuai buat wanita. Antara tips yang diberikan oleh atlet Malaysia, Saiful Merican adalah :

1. Kenapa anda mahu belajar senibela diri? Apakah matlamat anda?

2. Melakukan sedikit ‘reseach’ terhadap senibela diri yang anda ingin belajari sebelum anda mengikuti latihannya.

3. Mencari tempat belajar senibela diri yang sesuai dan anda selesa dengan tempat itu.

4. Semak kredibiliti pengajar anda.

 

Setiap perkara mempunyai dua sisi yang berbeda, iaitu sisi positif dan negatif. Tetapi dalam senibela diri untuk wanita lebih banyak sisi positif daripada negatif. Dampak positif dalam mempelajari senibela diri adalah menjadi salah satu senaman dan dapat menjaga kesihatan karena ia merupakan rangkaian dari gerakan-gerakan badan menurut metode tertentu. Gerakan-gerakan dalam senibela diri selain melatih otot-otot tubuh, ia juga melatih pernafasan, yang mana latihan pernafasan ini sangat bagus untuk jantung dan paru-paru. Kedua, senibela diri ini dapat menjaga diri dari bahaya. Seperti yang diketahui, kejahatan dan pelecehan terhadap kaum wanita sudah menjadi fenomena sejak dahulu lagi, karena itu selayaknya seorang wanita mempunyai kemampuan membela diri ataupun self defense demi menjaga kehormatan dirinya dan agama. Ketiga, latihan bela diri mengajar kita bersifat kritis karena dalam menghadapi lawan kita dihitung mempunyai perhitungan matang dan reaksi yang cepat serta tepat untuk menghadap serangan lawan. Latihan seperti ini akan menjadikan otak kita sentiasa berfikir dengan cepat dan tepat. Keempat, latihan senibela diri juga bisa membangunkan mentalitis positif dalam diri wanita seperti keberanian dalam bersikap mandiri, tinggi kepercayaan diri, bisa mengendalikan emosi dan lain-lain. Kelima, latihan beladiri juga melatih dan membina self-esteem dalam diri seorang muslimah, agar sentiasa berani dalam mempertahankan haknya sebagai wanita. Kemudian, dari segi negatifnya pula adalah banyak tanggapan-tanggapan negatif dan cenderung memojokkan wanita yang belajar senibela diri dalam masyarakat seperti wanita yang belajar bela diri akan menyerupai lelaki, cenderung menjadi berani terhadap suami dan gerakan dalam bela diri adalah bahaya terhadap organ repsoduksi wanita. Anggapan anggapan ini keliru dengan fakta yang sebenar karena pada zaman Rasulullah sudah ada wanita yang menguasai senibela diri, malah turun bersama dengan Rasulullah ke medan jihad. Kedua, jika mempelajari seni bela diri ini dengan niat yang salah dan ego yang melambung, akan menyebabkan seseorang itu salah menempatkan keahlian senibela dirinya sehingga menyebabkan ia bisa mengubah dari bela diri kepada alat untuk mematikan lawan. Ketiga, menyebabkan kecederaan pada fisik. Ini karena, mereka tidak mengikuti latihan yang sebetulnya dan tidak membiasakan tubuh dengan latihan sehingga tubuh menjadi kaku dan mudah kram.

 

Berdasarkan pengalaman saya menyertai senibela diri, pelbagai teknik mempertahankan diri diajar untuk dijadikan alat melindungi diri sendiri dan orang tersayang. Ia mampu meningkatkan daya ketahanan tubuh badan serta meningkatkan kecerdasan mental, di samping meningkatkan keyakinan dan tidak mudah gentar dalam menghadapi situasi yang mencemaskan serta berbahaya terhadap keselamatan diri. Islam amat mengangkat martabat dan menjaga kehormatan wanita. Justeru, wanita amatlah dituntut mempelajari senibela diri agar mempunyai bekal melindungi diri sendiri dari menjadi mangsa kekerasan dan keganasan karena dianggap sebagai golongan yang lemah, serta tetap menjaga tatatertib dan sopan-santun sebagai seorang wanita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here