Home Aceh Kerosakan Akidah Dan Akhlak

Kerosakan Akidah Dan Akhlak

51
0

Oleh Nurul Farhanah Binti Masri mahasiswa Malaysia, jurusan aqidah dan filsafat, Fakultas Ushuluddin Universiti Islam Negeri Banda Aceh.

Tahukah kalian bahawa di dalam Surah Al Baqarah, Allah SWT telah merekodkan sikap golongan Munafiq yang perlu kita ketahui dan perlu kita jauhi dari bersikap seperti mereka?

Ini adalah ketika dikatakan kepada mereka (golongan Munafiq), “Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi”. Mereka menjawab, “Sesungguhnya kami adalah orang orang yang melakukan kebaikan.” (Al Baqarah 11).

Kata Dr Fadli Ghani, “Kerosakan yang dimaksudkan di dalam firman Allah SWT ini adalah kerosakan akidah dan akhlak orang orang Islam.” Begitu juga yang disebutkan oleh para sahabat Nabi SAW seperti Ibnu Abbas dan Ibnu Mas’ud yang mengatakan, “Kerosakan yang dimaksudkan adalah kekufuran dan perbuatan maksiat.” (Tafsir Ibnu Kathir)

Maka disinilah kita perlu memahami bahawa kerosakan yang dilakukan oleh musuh musuh Islam terutamanya golongan Munafiq adalah kerosakan yang mendasar kepada kerosakan keyakinan umat Islam kepada Allah SWT (akidah) dan seterusnya kerosakan yang melahirkan generasi umat Islam yang tidak berakhlak.Jika diamati situasi hari ini, kerosene yang dilakukan oleh golongan Munafiq ke atas umat Islam adalah, mereka mencanang serta memperjuangkan gagasan yang dicedok daripada Barat yang sekular yang dijadikan sebagai kiblat kehidupan. Manakala umat Islam yang tidak cermat dengan permainan golongan perosak ini, mereka pasti akan terpesong dan terpedaya. Wal’iyyazubillah.

Bagi golongan perosak ini, gagasan Barat yang diperjuangkan mereka adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan hidup umat manusia, namun “Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya”.(Al Baqarah 12)

Kata Prof Wan Mohd Nor Wan Daud, “Penekunan yang melampau terhadap sesuatu aspek dalam usaha keilmuan dan seterusnya dalam pembinaan diri dan tamadun seperti yang kerap berlaku dalam sejarah manusia, terutamanya manusia moden yang dipimpin oleh pandangan alam Barat sekular telah mengakibatkan banyak kezaliman dalam kehidupan manusia dan alam.” Alam Barat telah lama rosak kerana pemikiran mereka telah dicemari oleh falsafah Yunani yang mereka anuti sehingga ada dikalangan mereka tidak beragama dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Hal ini menunjukkan bertapa banyak manusia sepeti ini pada masa kini dan boleh dikatakan juga, kerosakan alam Barat ini bermula daripada kesilapan mereka dalam memahami pengertian ilmu yang akhirnya mengakibatkan penghasilan usaha yang sia sia, merugikan dan merosakkan.

Menurut Barat, fakta (ilmu) hanya merujuk kepada perkara perkara yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir, yakni yang bersifat empiris (berdasarkan eskperimen). Kewujudan perkara lain diluar keupayaan pancaindera zahir, dianggap sebagai bukan fakta (ilmu). Dalam hal ini, pada pandangan mereka, ajaran agama secara mutlak terkeluar daripada takrif dan ruang lingkup ilmu dan dianggap sebagai kepercayaan atau dugaan semata mata. Maka inilah bukti kerosakan yang telah berlaku di alam Barat, yang telah didokong dan diperjuangkan kerosakannya itu pula oleh golongan Munafiq.

Seharusnya umat Islam berhati hati dan cermat dalam setiap ilmu yang dicari. Pastikanlah ilmu itu bersumberkan Al Quran dan As Sunnah, nescaya ia akan memandu kepada cahaya kebenaran dan jauh dari gelap gelita kejahilan. Hal ini dapatlah kita membuka pikiran remaja pada masa kini supaya lebih mementingkan ilmu. Oleh itu, ilmu pada masa kini sangatlah penting bagi menolak semua ajaran yang boleh merosakkan aqidah umat islam. Wallahu’alam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here