Home Aceh KEPENTINGAN PARA PENGAJAR MENGUASAI ICT

KEPENTINGAN PARA PENGAJAR MENGUASAI ICT

251

Nur Fatin Adila Binti Idereh
Mahasiswa Fakultas Syariah dan Hukum
UIN Ar-Raniry Banda Aceh

Sistem pendidikan di dunia sekarang mengalami perubahan kearah kemajuan yang pesat. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seorang pengajar lebih berkesan dan pembelajaran murid lebih berkesan, mudah dan menyeronokkan. Information Communication and Technology (ICT) telah menguasai global dengan leluasa.

Hampir setiap sangat masyarakat menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian dan boleh mengawal atau mencari sesuatu di hujuang jari sahaja. Teknologi maklumat dan komunikasi ini telah diintegrasikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam bidang pendidikan. Maka, ICT sudah menjadi kebutuhan yang mendasar dalam mendukung efektifitas dan kualitas dalam proses pendidikan.

Pada tahun lalu, dunia di kejutkan dengan sebuah pandemic yang dinamakan sebagai covid-19, disebabkan oleh virus corona yang bermula di Wuhan, China. Tidak pernah berlaku dalam sejarah, semua sekolah majoriti negara di dunia terpaksa ditutup serentak disebabkan penularan penyakit akibat sejenis virus. Bahaya Covid-19 ini memerlukan tindakan pantas kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelakkan jangkitan dan ada juga negara-negara yang melaksanakan lockdown.

Bagi negara yang teruk penularannya seperti Mesir, dilaksanakan darurat sementara bagi mengekang penularan Covid-19. Kerajaan juga mengikuti nasihat yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk melaksanakan penjarakan sosial kepada rakyat agar virus tersebut tidak mudah tersebar.

Pandemik Covid-19 memberi impak besar kepada pelbagai sektor dengan bidang pendidikan sama ada peringkat rendah, menengah mahupun pengajian tinggi tidak terlepas daripada kesannya. Penutupan sekolah telah memberi impak kepada para pengajar, pelajar dan ibubapa di eluruh dunia.

Oleh itu, pembelajaran secara formal pada masa pandemic ini tidak mungkin berlaku dan masyarakat perlu bersedia untuk menghadapi pembelajaran mengikut normal baru. Bukan hanya amalan pendidikan tetapi hala tuju pendidikan secara keseluruhannya perlu dilihat semula, supaya tidak tersasar daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menghasratkan pembangunan murid secara holistik.

Pada masa kini, teknologi boleh membantu memudahkan pengajaran dan pembelajaran secara jarak jauh. Tetapi menjadi sebuah permasalahan apabila para pengajar tidak mengetahui cara atau tidak mahir untuk menggunakan teknologi informasi dan komunikasi dalam pembelajaran. Ia akan mendatangkan masalah yang agak serius karena pembelajaran secara daring tidak dapat dilaksanakan sehingga menyebabkan pelajar-pelajar tercicir dalam pembelajaran.

Kebanyakkan yang menghadapi masalah ini adalah tenaga pengajar yang sudah agak tua, tetapi walaubagaimanapun tidak dinafikan masih ada tenaga pengajar muda yang tidak mahir dalam ICT. Inilah perkara yang ketara sekarang akibat penularan Covid-19. Pihak-pihak yang berkenaan boleh melihat sendiri bahwa bidang pembelajaran dalam talian masih belum mencapai tahap yang memuaskan dan mereka perlu lebih fokus dan memberi pelatihan kepada para pengajar dalam hal tersebut.

Dahulu pembelajaran secara talian hanyalah sebuah pilihan, tetapi sekarang ia menjadi sebuah kebutuhan. Para pengajar perlu bersedia dengan bahan mengajar sebelum pembelajaran dimulakan. Tetapi bagaimana para pengajar ingin menyediakan bahan sekiranya mereka tidak mahir menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk mengajar.

Di universitas, apabila tenaga pengajar tidak berkemahiran menggunakan ICT, kelas tidak akan dilaksanakan karena para dosen tidak mengetahui cara untuk melaksanakan kelas melalui ICT. Kemudian, ada juga para dosen yang tidak berkemahiran hanya tahu menggunakan Whatsapp. Mereka hanya tahu memberi tugasan kepada pelajar tanpa mengatakan tugas yang dibuat pelajar itu betul atau salah.

Pada saya, ini bukan suatu pembelajaran karena pembelajaran adalah ada komuniaksi dua hala yakni dosen memberitahu kesalahan yang dilakukan pelajar supaya pelajar dapat membaikinya bukan hanya memberi tugasan tanpa di baiki kesalahan dalm tugasan tersebut.

Selain itu, ada juga dosen yang memberikan tugasan bertentangan dengan matakuliah yang perlu dipelajari. Bukankah jika begini, anak kuliah tidak akan mengetahui dengan lebih lanjut tentang matakuliah tersebut? Ini mendatangkan kerugian dalam diri pelajar. Oleh itu, para dosen perlu meningkatkan kemahiran mereka menggunakan teknologi informasi dan komunikasi dalam pembelajaran karena banyak kepentingan kepada para tenaga pengajar.

Antara kepentingan teknologi informasi dan komunikasi kepada para pengajar adalah melalui penggunaan komunikasi melalui elektronik seperti Zoom, Chatroom, Classroom, dan lain-lain para tenaga pengajar dapat bertukar-tukar idea pembelajaran dengan para pengajar dari sekolah atau universitas lain, ini akan menambahkan skill mengajar kepada para pengajar.

Kemudian, dengan perkembangan pesat dalam teknologi, peranan tenaga pengajar juga bertukar dari pada penyampai maklumat kepada penyelaras sumber pembelajaran . Peranan ini membolehkan para guru untuk bebas bekerja secara individu atau berkumpulan dan meninggalkan cara pengajaran formal yang lama.

Seterusnya, tenaga pengajar yang celik internet bisa melahirkan generasi yang genius IT serta memberikan kesan ketara kepada perkembangan dan kemajuan ICT dalam sesebuah negara. Apabila generasi yang seterusnya genius teknologi maka negara akan bertambah maju karena kemajuan negara dilihat pada kemajuan teknologinya.

Selain itu, jika tenaga pengajar mahir dalam menggunakan ICT, maka akan memudahkan mereka mencari maklumat tanpa perlu menggunakan cara lama iaitu dengan cara merujuk buku-buku. Mereka hanya perlu search sahaja. Jika ingin merujuk didalam buku mereka juga boleh menggunakan google book atau pdf.drive. Ini amat menjimatkan masa dan ruang serta sangat membantu para pengajar.

Demikian lagi, para pengajar akan menjadi bertambah kreatif dan inovatif dalam mengajar karena dalam internet terdapat pelbagai software yang boleh membantu menambahkan cara dan bahan untuk para pengajar mengajar seperti menggunakan Kahoot, Quizziz,Google Sliders, Google Voice, Tlickers, Tarsia, Padlet, Zappar dan lain-lain.

Pembelajaran dan pendidikan melalui teknologi komunikasi dan informasi adalah suatu pilihan tetapi sejak dunia dilanda pandemik Covid-19 pembelajaran melalui daring menjadi suatu kebutuhan dan karena itu para pengajar perlu mahir menggunakan teknologi komunikasi dan informasi dalam pembelajaran.

Sekiranya para pengajar tidak mahir dalam ICT, maka pembelajaran daring tidak dapat di jalankan. Penggunaan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam melahirkan masyarakat dan generasi yang berpengetahuan dan bijak dalam mentadbir negara pada masa akan datang. Oleh itu, walaupun berlaku kawalan pergerakan dan lockdown pendidikan untuk pelajar tidak boleh di tangguhkan atau dihentikan walaupun untuk sementara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here